Popular Posts

Saturday, April 30, 2011

Lawatan 3 K




Ust Taib wakil daripada Jabatan Agama Islam Melaka memantau dari aspek Kebersihan,Keceriaan,Keselamatan..

Touching on You...

Bu,
Maafkan aku ya, Bu. Karena aku bukan murid sempurna, putih tanpa dosa. Karena aku, telah berjuta kali membuatmu lelah, membuatmu bingung dan putus asa.
Aku ingin buat Ibu bangga. Aku ingin Ibu melihatku, satu hari nanti, dan berkata,
”Itulah muridku.”

JOM Bersajak..

GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

Air mata seorang hamba

Ia bukan kerana mengalirkan mata bukan kerana aku memohon simpati pada muYa Allah,

Tetapi kerana aku banyak dosa….

Aku takut umur ku tidak panjang…

Aku takut akan neraka mu.. tetapi aku langgar ,laranganmu…

Air mata ini yang mengalir, bukan sengaja ku berlakon seperti drama di televisyen..

Ia datang dari hati ini….

Janganlah kita mengalirkan mata kerana dunia semata-mata, kerna ianya tidak kekal.

Air mata ini mengalir, begitu banyak pendustaan, penyelewengan, manusia yang sombong dan bongkak….

Berdoalah, bertawakal dan menangislah kerana Allah itu maha Pengampun lagi Maha mengasihani…

Biarkan air mata itu, membasahi pipimu… biarkan ia… insyallah leburlah dosa-dosa kita itu

Friday, April 29, 2011

Doa ketika menuntut ilmu

Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :   اللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَهلَ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً ، Ùˆَ Ø£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­ُزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa an...ta taj'alul hAzna iza syi'ta sahla   Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .   DU'A BEFORE STUDYING   Allahumma infa’nii bimaa ‘allamtanii wa’allimnii maa yanfa’ unii. Allahumma inii as’aluka fahmal-nabiyyen wa hifthal mursaleen al-muqarrabeen. Allahumma ijal leesanee ‘amiran bi thikrika wa qalbi bi khashyatika. Innaka ‘ala ma-tasha’-u qadeer wa anta hasbun-allahu wa na’mal wakeel.   Oh Allah! Make useful for me what You taught me and teach me knowledge that will be useful to me. Oh Allah! I ask You for the understanding of the prophets and the memory of the messengers, and those nearest to You. Oh Allah! Make my tongue full of Your remembrance, and my heart with consciousness of You. (Oh Allah!) You do whatever You wish, and You are my Availer and Protector and the best of aid.   DU'A AFTER STUDYING   Allahhumma inni astaodeeuka ma qara’tu wama hafaz-tu. Faradduhu ‘allaya inda hagati elayhi. Innaka ‘ala ma-tasha’-u qadeer wa anta hasbeeya wa na’mal wakeel.   Oh Allah! I entrust -You with what I have read and I have studied. (Oh Allah!) Bring it back to me when I am in need of it. (Oh Allah!) You do whatever You wish, and You are my Availer and Protector and the best of aid.   DU'A WHILE STUDYING SOMETHING DIFFICULT   Allahumma la sahla illama ja-’altahu sahla wa anta taj ‘alu al hazana etha shi’ta sahla   Oh Allah! Nothing is easy except what You have made easy. If You wish, You can make the difficult easy.   DU'A FOR ANXIETY   Allahumma inni a’oodhoo bika minal-hammi-walhazan. Wa’a oodhoo bika minal-ghammi-wal-kasal. Wa’a oodoo bika minal jubni wal bukhl. Wa’a oodhoo bikal min ghalabatid-dayni-waqarir rijal.   Oh Allah, I seek refuge in You from worry and grief, from helplessness and laziness, from cowardice and stinginess, and from overpowering of debt and from oppression of men.   DU'A FOR DISTRESS   Allahumma rahmataka arjoo falaa takilnee ilaa nafsee tarfata ‘aynin wa aslih-lee sha’nee kullahu, laa ilaha illa anta   O Allah! It is Your mercy that I hope for so do not leave me in charge of my affairs even for a blink of an eye and rectify for me all of my affairs. None has the right to be worshipped except You   Lihat seterusnya..

1 Hari bersama Masyarakat Sg Petai Jaya

















Thursday, April 28, 2011

were u....

Guru agama Islam adalah salah satu guru atau tenaga pengajar yang memiliki tugas dan tanggung jawab bidang agama yang tidak hanya mengajar tetapi berfungsi sebagai pendidik. Pekerjaan sebagai guru adalah pekerjaan yang luhur baik ditinjau dari sudut masyarakat, negara dan dari sudut keagamaan

Share

Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.

My Vitamin

Jangan mencari kelemahan orang lain jika diri tidak sempurna...jangan menunding jari ke arah org lain jika diri tidak beradap..jangan menyimpan dengki jika diri tidak mulia.jangan membongkak dan sombong jika diri tidak berakhlak..kenalilah diri sendiri sebelum mengenali orang lain...

My Vitamin

Keikhlasan itu sesungguhnya terletak di dalam hati, biarlah hati saja yang tahu, tanpa perlu kita mengungkapkannya melalui kata-kata, yang berpotensi mengurangi nilai keikhlasan kita, walau terkadang terasa pedas dan menyakitkan ketika orang menilai keikhlasan kita, disitulah kesabaran ki...ta diuji..wallohu'alam "

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

Kelas,Guru,Murid

Nama Tadika :Tadika Jaim Sg Petai
Jumlah Murid : 92 Orang
Jumlah Kelas : 5 Kelas(3 kelas 5Thn,2 kelas 6Thn)
Jumlah Guru : 7 Orang



Kelas : 6 Melati
Guru Kelas : Pn Siti Mariam Bt Masrum
Murid Lelaki : 15 orang
Murid Perempuan : 6 orang
Jumlah Murid        : 21 orang


Kelas : 6 Mawar
Guru Kelas : Pn Rosmahwati Bt Ab Rahman
Murid Lelaki : 14 orang
Murid Perempuan : 7 orang
Jumlah Murid        : 21 orang




Kelas :5 Dahlia
Guru Kelas : Cik Noor Sarila Bt Fakir Mohd
Murid Lelaki : 11 Orang
Murid Perempuan : 5 Orang
Jumlah Murid        : 16 Orang



Kelas :5 Orkid
Guru Kelas : Pn Siti Nur Atiqah Bt Ghazali
Murid Lelaki : 12 Orang
Murid Perempuan : 5 Orang
Jumlah Murid        : 17 Orang



Kelas :5 Melur
Guru Kelas : Cik Khalisah Bt Abd Khalid
Murid Lelaki : 10 Orang
Murid Perempuan : 7 Orang
Jumlah Murid        : 17 Orang

Carta Organisasi

Ketua Guru         : Hjh Siti Mariam Bt Mohd Ali

Pen Ketua Guru  : Pn Rosmahwati Bt Ab Rahman

Guru                   : Cik Noor Sarila Bt Fakir Mohd

                           : Pn Noor Syakila Bt Khalid

                           : Cik Khalisah Bt Abd Khalid

                           : Pn Siti Nur Atiqah Bt Ghazali

                           : Pn Siti Mariam Bt Masrum