Popular Posts

Saturday, April 30, 2011

Lawatan 3 K




Ust Taib wakil daripada Jabatan Agama Islam Melaka memantau dari aspek Kebersihan,Keceriaan,Keselamatan..

Touching on You...

Bu,
Maafkan aku ya, Bu. Karena aku bukan murid sempurna, putih tanpa dosa. Karena aku, telah berjuta kali membuatmu lelah, membuatmu bingung dan putus asa.
Aku ingin buat Ibu bangga. Aku ingin Ibu melihatku, satu hari nanti, dan berkata,
”Itulah muridku.”

JOM Bersajak..

GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

Air mata seorang hamba

Ia bukan kerana mengalirkan mata bukan kerana aku memohon simpati pada muYa Allah,

Tetapi kerana aku banyak dosa….

Aku takut umur ku tidak panjang…

Aku takut akan neraka mu.. tetapi aku langgar ,laranganmu…

Air mata ini yang mengalir, bukan sengaja ku berlakon seperti drama di televisyen..

Ia datang dari hati ini….

Janganlah kita mengalirkan mata kerana dunia semata-mata, kerna ianya tidak kekal.

Air mata ini mengalir, begitu banyak pendustaan, penyelewengan, manusia yang sombong dan bongkak….

Berdoalah, bertawakal dan menangislah kerana Allah itu maha Pengampun lagi Maha mengasihani…

Biarkan air mata itu, membasahi pipimu… biarkan ia… insyallah leburlah dosa-dosa kita itu